Wednesday, 13 January 2016

Cabaran Menabung 52 Minggu

Semalam semasa sibuk melayari muka buku, tiba-tiba terpandangkan satu perkongsian tentang cabaran menabung 52 hari.

Melalui sistem ini kita akan dapan menyimpan lebih RM1,000 dalam masa setahun. Lebih tepat lagi sebanyak RM1,378. Memang tertarik sungguh saya dengan perkongsian ini. Kena pula dengan azam tahun baru yang mahu banyakkan menyimpan secara sistematik. Apa lagi, cepat-cepat saya klik pada link yang diberi. 

Cabaran 52 minggu ini adalah berdasarkan tabungan pada kala menaik pada setiap minggu:
  • Minggu 1 : simpan RM1
  • Minggu 2 : simpan RM2
  • Minggu 3 : simpan RM3
  • Minggu 4 : simpan RM4
Pada hujung minggu ke 4, jumlah terkumpul adalah RM10. Teruskan hingga ke minggu terakhir pada tahun itu (minggu ke 52), dan anda akan mendapat jumlah terkumpul sebanyak RM1,378.

Setiap kali anda masukkan duit dalam tabung anda, tandakan (cross out) supaya anda tahu anda telah memasukkannya. Contoh seperti gambar di bawah:


Mengikut pemilik link, sistem tabungan ini boleh diubahsuai mengikut kesesuaian penabung. Contohnya boleh menggunakan kadar kenaikan sebanyak 50 sen berbanding RM1, atau menukar kekerapan masuk ke tabung daripada mingguan kepada bulanan atau dua minggu sekali.

Mengambil inspirasi daripada konsep tabungan ini, saya ubah-suai sedikit untuk diaplikasikan. Saya tetapkan jumlah mingguan yang banyak pada minggu gaji diterima, dan jumlah mingguan yang sedikit pada minggu sebelum minggu gaji. Almaklumlah minggu sebelum gaji keluar selalunya kita agak terkais-kais juga kan.
Maka inilah hasilnya (klik pada jadual di bawah untuk melihat dengan lebih besar):


Saya rasa lebih selesa menabung pada kadar berlainan begini berbanding kala menaik yang pemilik link cadangkan. Pada saya cara ini lebih menyeronokkan.

Bagaimana dengan anda? Berani sahut cabaran ini? Apa style yang akan anda gunakan?

Kredit: http://lifeasyouliveit.blogspot.com/2013/12/52-week-money-savings-challenge.html 

Friday, 1 January 2016

Salam 2016

2015 berlalu pergi dan pentas 2016 membuka tirainya..

Salam 2016 semua.

Apa perasaan anda memasuki 2016? Gembira? Saya sebenarnya sedikit gementar untuk mengharungi 2016. Kenapa? 2016 adalah tahun yang dijangkakan agak mencabar dari segi ekonomi. Pelbagai subsidi dihapuskan: minyak, minyak masak, elektrik, beras. Kadar tol beberapa konsesi dinaikkan, juga kenaikan kadar tambang perkhidmatan awam seperti ERL, LRT, monorail dan sebagainya. Saya berharap harga minyak akan turun dengan penghapusan subsidi kerana harga minyak di pasaran dunia sememangnya sangat rendah. (Berita terkini harga minyak bermula 1 Januari 2016, RON 95 turun 10 sen, sementara RON 97 turun 20 sen). Namun dengan pemansuhan pelbagai subsidi ini, dapat dijangkakan bahawa harga barangan akan naik dan menyebabkan kos sara hidup semakin tinggi.

Dalam kegawatan ekonomi ketika ini, sudah pasti ada syarikat yang menerima impak dan mahu mengurangkan kos mereka. Pada ketika ini, syarikat di mana saya bekerja juga sudah mula mengurangkan pekerja sedikit demi sedikit. Sudah tentu saya juga berasa gementar kerana saya adalah pekerja kontrak. Saya berharap bahawa kontrak saya akan disambung bila Ogos menjelma nanti. Selain dari itu, saya juga terkesan apabila syarikat memansuhkan salah satu elaun yang diberi. Ini antara cabaran getir yang perlu saya hadapi pada 2016. 

Oleh itu saya terpaksa menetapkan pelbagai matlamat untuk menghadapi tahun 2016 yang serba mencabar ini, antaranya:

1. Cabaran Menyimpan/Menabung Secara Sistematik

Antara cabaran/tabungan yang mahu diwujudkan: cabaran RM5, cabaran RM20, tabung syiling, tabung kecemasan, tabung percutian, tabung haji, dan tabung dapur impian. Saya bercadang membuka akaun-akaun berlainan untuk tujuan berlainan, contohnya tabung percutian di Bank Rakyat, tabung kecemasan di BSN, dan sebagainya, Perlu rasanya untuk menyimpan di bank berlainan supaya tidak mengeluarkan  wang tersebut untuk tujuan lain.

2. Cabaran Melebihkan Memasak di Rumah

Saya kerap makan/membeli makanan di luar berbanding memasak di rumah. Kebiasaan ini nampaknya saya perlu kurangkan di tahun 2016. Saya juga perlu mencabar diri untuk membawa bekal ke pejabat. 

Pengecualian: Jika mahu makan di luar mestilah tidak lebih dari 4 kali seminggu dengan jumlah tidak melebihi RM7 setiap kali makan. Jika peraturan ini dilanggar, saya terpaksa membayar kepada tabung denda sebanyak RM10 untuk setiap kali pelanggaran.

3. Cabaran Minum Air Masak Sendiri/Air Masak

Saya seorang yang kerap minum air manis. Lebih teruk lagi, saya suka membeli minuman botol seperti teh limau ais, teh pic ais, pepsi dan sebagainya. Bayangkan harga sebotol minuman ini adalah dalam anggaran RM2.50 sebotol. Jika membelinya 5 hari seminggu (hari pejabat) jumlahnya adalah RM12.50 seminggu. Sebulan sudah RM50!! 

Maka dengan ini saya mahu mencabar diri saya sendiri untuk tidak membeli minuman di luar dan hanya minum air yang dimasak sendiri. Keutamaan adalah minum air putih, atau air putih dengan hirisan lemon, atau jika mahu minuman manis adalah air bancuhan kordial atau teh sahaja. 

Pengecualian: Jika berada di luar, saya hanya boleh beli air masak/air mineral sahaja dan tidak boleh minum minuman manis. Jika gagal, saya perlu membayar RM3 kepada tabung denda untuk setiap kali pelanggaran.

4. Cabaran Jahit Sendiri


Pada 2015 saya telah memulakan langkah mengikuti kelas menjahit. Makanya selepas ini, seeloknya saya menjahit sendiri pakaian saya daripada membeli di luar. 

Pengecualian: Hanya boleh membeli pakaian jika harganya adalah di bawah RM30.

5. Merapatkan diri pada Ilahi

Tahun baru bermaksud usia juga meningkat, maka perlu merapatkan diri pada Ilahi. Cuba menunaikan solat qadha' setiap kali selepas solat 5 waktu, juga amalkan solat dhuha dan solat tahajud. Baca al-Quran secara konsisten setiap hari dan konsisten bersedekah kepada yang memerlukan.

Mudah-mudahan 2016 ini dapat diharung dengan jayanya. Semoga dipermudahkan urusan pada tahun 2016 dan tahun-tahun akan datang, dilapangkan kehidupan dan diluaskan rezeki. Ya Allah, jauhkan daku dan keluargaku dari sebarang penyakit, musibah, mahupun fitnah. Amin!


Sunday, 6 December 2015

Perginya Putera Kesayangan Rakyat

Salam buat pembaca sekalian.

Sudah lama tidak mengemaskini blog dek kesibukan kerja. Sudah berhabuk rupanya.

Dua hari lepas kami digemparkan dengan berita kemangkatan putera ke-empat Sultan Johor, YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail. Sebagai bangsa Johor sudah tentulah saya berasa sedih akan pemergian Almarhum.

Saya tidak pernah bersua muka dengan Almarhum semasa hayatnya, namun umumnya bangsa Johor mengenali Almarhum sebagai seorang yang sangat mesra rakyat. Saya hanya sekadar mengenali Almarhum di media sosial, dan kadangkala tertawa membaca telatah gurau senda Almarhum bersama adik-beradiknya. Memang boleh dapat dilihat akan kemesraan Almarhum itu.

Perginya Almarhum Tunku Laksamana pada usia yang agak muda, 25 tahun sahaja hayatnya di dunia ini. Tapi bila ditoleh kembali banyak telah Almarhum lakukan dan capai dalam tempoh waktu yang pendek ini. Walaupun menderita kanser hati, Almarhum tetap tersenyum mesra kepada semua. Masih teringat lagi bagaimana Almarhum menyakat jururawat semasa dia berada di hospital. Semua itu kini hanya tinggal kenangan.

gambar dari Google Image

Takdir Allah siapa yang tahu. Allah lebih mengetahui segalanya. Pada saya inilah hikmah kekalahan JDT pada suku akhir liga Piala Malaysia. Andaikata JDT menang tempohari dan layak ke perlawanan separuh akhir malam tadi, serasa sedikit canggung untuk berlawan sedangkan siangnya masih berduka mengkebumikan Almarhum. Dengan pemergian Almarhum, Johor berkabung selama tiga hari.

Selamat pergi Tuan Putera.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah.


Wednesday, 13 May 2015

Yay! Ke Korea Lagi

Rindu Musim Luruh di Korea

Tak sabarnya hendak ke Korea lagi..

Alhamdulillah ada rezeki untuk ke Korea lagi bulan Julai ini. Jutaan terima kasih kepada Nik sekeluarga yang sudi menggunakan khidmat amatur saya di sana. Nampak gayanya saya perlu mengasah kembali kemahiran bahasa Korea yang sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan.

Korea adalah negara yang sangat dekat di hati saya. Ia mempunyai budaya unik dan keupayaan mereka untuk mengekal, membaikpulih dan memelihara artifak dan tempat-tempat bersejarah sangat saya kagumi. Keindahan alam semulajadi dengan gunung-ganang dan pantai yang memikat pandangan mata. Sangat mudah untuk bergerak ke mana-mana di negara ini kerana ia mempunyai jaringan pengangkutan yang sangat efisien. Di sini juga boleh terjebak untuk membeli-belah kerana Korea terkenal dengan kualiti produk kosmetiknya dan harganya jauh lebih murah daripada di Malaysia.

Korea adalah negara 4 musim yang sangat sesuai untuk kaki fotografi merakamkan detik menarik di sana. Secara peribadinya, saya sukakan Korea di musim luruh berbanding musim lain. Memang pemandangan sakura pada musim bunga juga sangat menarik, tetapi entah kenapa saya lebih mengggemari musim luruh. Cuma setakat ini saya belum pernah bertandang ke Korea semasa ianya bersalji.

Bertandang ke Korea pada bulan Julai bermakna Korea sedang mengalami musim panas ketika itu. Tiada masalah pakaian kerana boleh memakai pakaian yang sama dipakai di Malaysia. Tips kembara pada musim panas:

  • Bersiap-sedia dengan pakaian nipis pada waktu siang
  • Pakai sunblock dengan SPF40 ke atas untuk mengelak terik matahari ke muka atau mengelak dari kulit menjadi tanned
  • Lipbalm/Vaseline untuk mengelak bibir kering
  • Banyakkan minum air semasa berjalan
  • Memakai deodoran
  • Walaupun musim panas, kadang-kala suhu sedikit sejuk pada waktu malam. Boleh sediakan light sweater ataupun shawl tebal jika berjalan pada waktu malam.
  • Jika kulit sensitif, pertimbangkan memakai topi
  • Nutriferon Shaklee untuk perlindungan kesihatan maksimum semasa kembara
Ramai yang bertanyakan tips-tips untuk kembara ke Korea. Saya akan kongsikan info-info menarik di blog ini. Jika anda perlukan bantuan/khidmat saya untuk mengatur pelan kembara anda ke Korea, anda boleh menghubungi saya melalui email norshida@gmail.com atau whatsapp 012-2633606 dan saya bersedia membantu anda.



Sunday, 10 May 2015

Oh Oreo Cheesecake

Salam semua. Buat apa hujung minggu ini? Sempena cuti hujung minggu semalam terasa mahu membuat Non-baked Oreo Cheesecake. Maka saya pun bergegas ke Giant untuk membeli bahan. Inilah hasilnya setelah siap.

Percubaan kali pertama ini saya kategorikan sebagai 'bolehlah'. Biasalah kali pertama mencuba pasti ada kekurangannya:

  • Basenya agak nipis. Saya perlu tambahkan penggunaan biskut oreo. Untuk kek di atas, saya menggunakan 1 1/2 paket biskut oreo. Mungkin di lain kali perlu tambah menjadi 2 paket. 
  • Cheesecake menjadi lembik (ala-ala mencair) apabila diletakkan lama di luar peti ais lebih dari 30 minit. Mungkin kerana saya menggunakan resepi tanpa gelatin, maka hasilnya sedikit lembik. Tekstur cheesecake saya lembut seakan-akan aiskrim.
Pada minggu lepas saya ada juga membuat Oreo Cheesecake - Baked Version. Bila dibandingkan antara Non-Baked dengan Baked Oreo Cheesecake, saya lebih gemarkan rasa dan tekstur Baked Oreo Cheesecake. 

Abaikanlah rupa Baked Oreo Cheesecake saya ni ya, tak cantik tetapi sedap hihihi.. 
Masuk bakul angkat sendiri pula!

Saya yakin penggemar cheese memang akan gemarkan Non-Baked Oreo Cheesecake. Saya cuma boleh makan sedikit sahaja, sebab saya rasa ia sedikit muak berbanding Baked Oreo Cheesecake. Tapi itu penilaian saya. Anda bagaimana? Sudah mencuba keduanya? Yang mana satu pilihan anda?

Oreo cheesecake ini sedap dimakan apabila sejuk. Resepinya mudah dan ringkas. Saya yang memang tidak pandai memasak pun boleh membuatnya. Cuma tak berseni sikitlah haha.. Resepi kredit kepada Facebook Page: Dari Dapur Seorang Amatur. Resepi yang saya letak di bawah adalah resepi yang saya gunakan (saya telah ubah sedikit tidak mengikut resepi asal).

Baked Oreo Cheesecake

500g creamcheese
½ cawan susu pekat (120g)
1 paket biskut oreo
4 sudu besar tepung gandum
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
½ sudu teh garam

Cara-cara:
1.       Satukan creamcheese dan susu pekat. Pukul hingga sebati.
2.       Pecahkan telur di dalam bekas lain. Masukkan esen vanila dan garam.
3.       Apabila creamcheese sudah sebati, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga adunan bercampur dengan sempurna.
4.       Masukkan tepung dan kaup-balikkan adunan sehingga rata.
5.       Pecahkan biskut oreo dalam adunan.
6.       Tuang atas Loyang 8 inci yang dialas kertas minyak.
7.       Bakar suhu 160o C selama sejam.

Nota:
1.       Kalau ikut resepi asal, tepung kek yang digunakan, bukannya tepung gandum. Saya tak ada tepung kek, jadinya tukar kepada tepung gandum. Selain itu boleh tukar kepada tepung naik sendiri.
2.       Nak sedap lagi boleh tambah whipping cream setelah masukkan telur. Gunakan ¼ cawan whipping cream. Saya tak letak pun dah sedap hihi..

Non-Baked Oreo Cheesecake

2 paket biskut oreo – dihancurkan hingga halus
50g mentega - dicairkan
400g creamcheese
4 sudu besar gula
½ cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanila

Bahagian A (Base):
1.       2/3 bahagian daripada biskut oreo dicampurkan dengan mentega. Setelah teksturnya menjadi seakan pasir basah (kasar dan lembap), masukkan ke dalam loyang 8 inci yang dialas dengan kertas minyak. Mampatkan.
2.       Sejukkan di bahagian freezer selama 20 minit.

Bahagian B:
1.       Pukul creamcheese dengan gula, susu dan esen vanila sehingga sebati.
2.       Masukkan baki oreo tadi ke dalam adunan.
3.       Letakkan adunan ini ke atas base dan masukkan kembali ke dalam freezer selama 5-6 jam.

Nota:
1.       Nak sedap lagi boleh tambah whipping cream sebelum masukkan baki oreo ke dalam Adunan B. Gunakan ¼ cawan whipping cream.
2.       Ada resepi yang menggunakan gelatin dalam adunan B (pastikan halal – gunakan jenama Halagel untuk mengelak keraguan). 1 sudu besar gelatin dilarutkan dalam 2 sudu besar air panas dan dimasukkan dalam adunan B.



Thursday, 7 May 2015

Nutriferon dan Collagen Powder sudah kembali!

Wah wah! Mendengar perkhabaran gembira bahawa stok Nutriferon dan Collagen Powder sudah kembali di Shaklee Malaysia!

Untuk mereka yang mempunyai misi untuk tampil cantik menarik pada hari raya nanti, restok Collagen Powder Shaklee ini memang sudah tentunya dialu-alukan. Rasanya semua orang tahu akan kebaikan collagen terutamanya untuk kulit kita. Jadi anjal, gebu, cantik molek gitu.

Namun, pasti ada yang tak pernah mendengar tentang Nutriferon. Bila dengar perkhabaran ini, sayalah yang paling teruja sekali. Maklumlah dengan cuaca yang tidak menentu yang sekejap panas, sekejap hujan ni memang ramai yang selalu diserang demam atau selsema (sayalah seorang daripadanya tu) Jawapannya adalah Nutriferon!

Nutriferon sangat sesuai untuk mereka yang kerap demam, selsema dan juga yang mengalami asthma. Juga sesuai untuk ibu yang menyusukan anak yang mempunyai eczema atau alergi.

Nutriferon Shaklee diperbuat dari ekstrak tumbuhan semulajadi dan adalah alternatif terbaik untuk Panadol kerana ia bukan dikategorikan sebagai drugs. Kalau nak travel ke mana-mana, tak perlu bawa banyak vitamin. Cuma bawa Nutriferon sebab ia dalam bentuk paket. Mudah dan senang! Setiap rumah perlu ada satu! Hot items! Mesti dapatkan sebelum ia habis terjual sekali lagi!


Sunday, 26 April 2015

Promosi Shaklee - April 2015

Tinggal 4 hari lagi untuk Promosi April berakhir.

Buat yang ingin berdiet atau menguruskan badan, promosi bulan ini adalah yang paling menarik sekali. Macam tak percaya bila ada dua produk dalam set diet termasuk dalam promosi kali ini.


Jangan tunggu lagi! Promosi ini sangat berbaloi. Bulan hadapan harganya akan kembali ke asal. Anda boleh berkongsi dengan rakan untuk membeli produk ini atau beli banyak untuk stok simpanan anda!

Jika anda mahukan penjimatan yang lebih lagi pada harga ahli, sms/whatsapp saya untuk saya kongsikan caranya. Bertindak sekarang!

****************************************************
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli atau mahu menambah pendapatan sampingan seperti saya, boleh hubungi saya melalui whatsapp di 012-2633606  dan saya akan kongsikan caranya.