Wednesday 13 May 2015

Yay! Ke Korea Lagi

Rindu Musim Luruh di Korea

Tak sabarnya hendak ke Korea lagi..

Alhamdulillah ada rezeki untuk ke Korea lagi bulan Julai ini. Jutaan terima kasih kepada Nik sekeluarga yang sudi menggunakan khidmat amatur saya di sana. Nampak gayanya saya perlu mengasah kembali kemahiran bahasa Korea yang sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan.

Korea adalah negara yang sangat dekat di hati saya. Ia mempunyai budaya unik dan keupayaan mereka untuk mengekal, membaikpulih dan memelihara artifak dan tempat-tempat bersejarah sangat saya kagumi. Keindahan alam semulajadi dengan gunung-ganang dan pantai yang memikat pandangan mata. Sangat mudah untuk bergerak ke mana-mana di negara ini kerana ia mempunyai jaringan pengangkutan yang sangat efisien. Di sini juga boleh terjebak untuk membeli-belah kerana Korea terkenal dengan kualiti produk kosmetiknya dan harganya jauh lebih murah daripada di Malaysia.

Korea adalah negara 4 musim yang sangat sesuai untuk kaki fotografi merakamkan detik menarik di sana. Secara peribadinya, saya sukakan Korea di musim luruh berbanding musim lain. Memang pemandangan sakura pada musim bunga juga sangat menarik, tetapi entah kenapa saya lebih mengggemari musim luruh. Cuma setakat ini saya belum pernah bertandang ke Korea semasa ianya bersalji.

Bertandang ke Korea pada bulan Julai bermakna Korea sedang mengalami musim panas ketika itu. Tiada masalah pakaian kerana boleh memakai pakaian yang sama dipakai di Malaysia. Tips kembara pada musim panas:

  • Bersiap-sedia dengan pakaian nipis pada waktu siang
  • Pakai sunblock dengan SPF40 ke atas untuk mengelak terik matahari ke muka atau mengelak dari kulit menjadi tanned
  • Lipbalm/Vaseline untuk mengelak bibir kering
  • Banyakkan minum air semasa berjalan
  • Memakai deodoran
  • Walaupun musim panas, kadang-kala suhu sedikit sejuk pada waktu malam. Boleh sediakan light sweater ataupun shawl tebal jika berjalan pada waktu malam.
  • Jika kulit sensitif, pertimbangkan memakai topi
  • Nutriferon Shaklee untuk perlindungan kesihatan maksimum semasa kembara
Ramai yang bertanyakan tips-tips untuk kembara ke Korea. Saya akan kongsikan info-info menarik di blog ini. Jika anda perlukan bantuan/khidmat saya untuk mengatur pelan kembara anda ke Korea, anda boleh menghubungi saya melalui email norshida@gmail.com atau whatsapp 012-2633606 dan saya bersedia membantu anda.



No comments:

Post a Comment