Sunday 6 December 2015

Perginya Putera Kesayangan Rakyat

Salam buat pembaca sekalian.

Sudah lama tidak mengemaskini blog dek kesibukan kerja. Sudah berhabuk rupanya.

Dua hari lepas kami digemparkan dengan berita kemangkatan putera ke-empat Sultan Johor, YAM Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail. Sebagai bangsa Johor sudah tentulah saya berasa sedih akan pemergian Almarhum.

Saya tidak pernah bersua muka dengan Almarhum semasa hayatnya, namun umumnya bangsa Johor mengenali Almarhum sebagai seorang yang sangat mesra rakyat. Saya hanya sekadar mengenali Almarhum di media sosial, dan kadangkala tertawa membaca telatah gurau senda Almarhum bersama adik-beradiknya. Memang boleh dapat dilihat akan kemesraan Almarhum itu.

Perginya Almarhum Tunku Laksamana pada usia yang agak muda, 25 tahun sahaja hayatnya di dunia ini. Tapi bila ditoleh kembali banyak telah Almarhum lakukan dan capai dalam tempoh waktu yang pendek ini. Walaupun menderita kanser hati, Almarhum tetap tersenyum mesra kepada semua. Masih teringat lagi bagaimana Almarhum menyakat jururawat semasa dia berada di hospital. Semua itu kini hanya tinggal kenangan.

gambar dari Google Image

Takdir Allah siapa yang tahu. Allah lebih mengetahui segalanya. Pada saya inilah hikmah kekalahan JDT pada suku akhir liga Piala Malaysia. Andaikata JDT menang tempohari dan layak ke perlawanan separuh akhir malam tadi, serasa sedikit canggung untuk berlawan sedangkan siangnya masih berduka mengkebumikan Almarhum. Dengan pemergian Almarhum, Johor berkabung selama tiga hari.

Selamat pergi Tuan Putera.

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya jua kita kembali.

Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga Almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah.


Wednesday 13 May 2015

Yay! Ke Korea Lagi

Rindu Musim Luruh di Korea

Tak sabarnya hendak ke Korea lagi..

Alhamdulillah ada rezeki untuk ke Korea lagi bulan Julai ini. Jutaan terima kasih kepada Nik sekeluarga yang sudi menggunakan khidmat amatur saya di sana. Nampak gayanya saya perlu mengasah kembali kemahiran bahasa Korea yang sudah berkarat kerana sudah lama tidak digunakan.

Korea adalah negara yang sangat dekat di hati saya. Ia mempunyai budaya unik dan keupayaan mereka untuk mengekal, membaikpulih dan memelihara artifak dan tempat-tempat bersejarah sangat saya kagumi. Keindahan alam semulajadi dengan gunung-ganang dan pantai yang memikat pandangan mata. Sangat mudah untuk bergerak ke mana-mana di negara ini kerana ia mempunyai jaringan pengangkutan yang sangat efisien. Di sini juga boleh terjebak untuk membeli-belah kerana Korea terkenal dengan kualiti produk kosmetiknya dan harganya jauh lebih murah daripada di Malaysia.

Korea adalah negara 4 musim yang sangat sesuai untuk kaki fotografi merakamkan detik menarik di sana. Secara peribadinya, saya sukakan Korea di musim luruh berbanding musim lain. Memang pemandangan sakura pada musim bunga juga sangat menarik, tetapi entah kenapa saya lebih mengggemari musim luruh. Cuma setakat ini saya belum pernah bertandang ke Korea semasa ianya bersalji.

Bertandang ke Korea pada bulan Julai bermakna Korea sedang mengalami musim panas ketika itu. Tiada masalah pakaian kerana boleh memakai pakaian yang sama dipakai di Malaysia. Tips kembara pada musim panas:

  • Bersiap-sedia dengan pakaian nipis pada waktu siang
  • Pakai sunblock dengan SPF40 ke atas untuk mengelak terik matahari ke muka atau mengelak dari kulit menjadi tanned
  • Lipbalm/Vaseline untuk mengelak bibir kering
  • Banyakkan minum air semasa berjalan
  • Memakai deodoran
  • Walaupun musim panas, kadang-kala suhu sedikit sejuk pada waktu malam. Boleh sediakan light sweater ataupun shawl tebal jika berjalan pada waktu malam.
  • Jika kulit sensitif, pertimbangkan memakai topi
  • Nutriferon Shaklee untuk perlindungan kesihatan maksimum semasa kembara
Ramai yang bertanyakan tips-tips untuk kembara ke Korea. Saya akan kongsikan info-info menarik di blog ini. Jika anda perlukan bantuan/khidmat saya untuk mengatur pelan kembara anda ke Korea, anda boleh menghubungi saya melalui email norshida@gmail.com atau whatsapp 012-2633606 dan saya bersedia membantu anda.



Sunday 10 May 2015

Oh Oreo Cheesecake

Salam semua. Buat apa hujung minggu ini? Sempena cuti hujung minggu semalam terasa mahu membuat Non-baked Oreo Cheesecake. Maka saya pun bergegas ke Giant untuk membeli bahan. Inilah hasilnya setelah siap.

Percubaan kali pertama ini saya kategorikan sebagai 'bolehlah'. Biasalah kali pertama mencuba pasti ada kekurangannya:

  • Basenya agak nipis. Saya perlu tambahkan penggunaan biskut oreo. Untuk kek di atas, saya menggunakan 1 1/2 paket biskut oreo. Mungkin di lain kali perlu tambah menjadi 2 paket. 
  • Cheesecake menjadi lembik (ala-ala mencair) apabila diletakkan lama di luar peti ais lebih dari 30 minit. Mungkin kerana saya menggunakan resepi tanpa gelatin, maka hasilnya sedikit lembik. Tekstur cheesecake saya lembut seakan-akan aiskrim.
Pada minggu lepas saya ada juga membuat Oreo Cheesecake - Baked Version. Bila dibandingkan antara Non-Baked dengan Baked Oreo Cheesecake, saya lebih gemarkan rasa dan tekstur Baked Oreo Cheesecake. 

Abaikanlah rupa Baked Oreo Cheesecake saya ni ya, tak cantik tetapi sedap hihihi.. 
Masuk bakul angkat sendiri pula!

Saya yakin penggemar cheese memang akan gemarkan Non-Baked Oreo Cheesecake. Saya cuma boleh makan sedikit sahaja, sebab saya rasa ia sedikit muak berbanding Baked Oreo Cheesecake. Tapi itu penilaian saya. Anda bagaimana? Sudah mencuba keduanya? Yang mana satu pilihan anda?

Oreo cheesecake ini sedap dimakan apabila sejuk. Resepinya mudah dan ringkas. Saya yang memang tidak pandai memasak pun boleh membuatnya. Cuma tak berseni sikitlah haha.. Resepi kredit kepada Facebook Page: Dari Dapur Seorang Amatur. Resepi yang saya letak di bawah adalah resepi yang saya gunakan (saya telah ubah sedikit tidak mengikut resepi asal).

Baked Oreo Cheesecake

500g creamcheese
½ cawan susu pekat (120g)
1 paket biskut oreo
4 sudu besar tepung gandum
4 biji telur
1 sudu teh esen vanila
½ sudu teh garam

Cara-cara:
1.       Satukan creamcheese dan susu pekat. Pukul hingga sebati.
2.       Pecahkan telur di dalam bekas lain. Masukkan esen vanila dan garam.
3.       Apabila creamcheese sudah sebati, masukkan telur satu persatu dan pukul hingga adunan bercampur dengan sempurna.
4.       Masukkan tepung dan kaup-balikkan adunan sehingga rata.
5.       Pecahkan biskut oreo dalam adunan.
6.       Tuang atas Loyang 8 inci yang dialas kertas minyak.
7.       Bakar suhu 160o C selama sejam.

Nota:
1.       Kalau ikut resepi asal, tepung kek yang digunakan, bukannya tepung gandum. Saya tak ada tepung kek, jadinya tukar kepada tepung gandum. Selain itu boleh tukar kepada tepung naik sendiri.
2.       Nak sedap lagi boleh tambah whipping cream setelah masukkan telur. Gunakan ¼ cawan whipping cream. Saya tak letak pun dah sedap hihi..

Non-Baked Oreo Cheesecake

2 paket biskut oreo – dihancurkan hingga halus
50g mentega - dicairkan
400g creamcheese
4 sudu besar gula
½ cawan susu pekat
1 sudu teh esen vanila

Bahagian A (Base):
1.       2/3 bahagian daripada biskut oreo dicampurkan dengan mentega. Setelah teksturnya menjadi seakan pasir basah (kasar dan lembap), masukkan ke dalam loyang 8 inci yang dialas dengan kertas minyak. Mampatkan.
2.       Sejukkan di bahagian freezer selama 20 minit.

Bahagian B:
1.       Pukul creamcheese dengan gula, susu dan esen vanila sehingga sebati.
2.       Masukkan baki oreo tadi ke dalam adunan.
3.       Letakkan adunan ini ke atas base dan masukkan kembali ke dalam freezer selama 5-6 jam.

Nota:
1.       Nak sedap lagi boleh tambah whipping cream sebelum masukkan baki oreo ke dalam Adunan B. Gunakan ¼ cawan whipping cream.
2.       Ada resepi yang menggunakan gelatin dalam adunan B (pastikan halal – gunakan jenama Halagel untuk mengelak keraguan). 1 sudu besar gelatin dilarutkan dalam 2 sudu besar air panas dan dimasukkan dalam adunan B.



Thursday 7 May 2015

Nutriferon dan Collagen Powder sudah kembali!

Wah wah! Mendengar perkhabaran gembira bahawa stok Nutriferon dan Collagen Powder sudah kembali di Shaklee Malaysia!

Untuk mereka yang mempunyai misi untuk tampil cantik menarik pada hari raya nanti, restok Collagen Powder Shaklee ini memang sudah tentunya dialu-alukan. Rasanya semua orang tahu akan kebaikan collagen terutamanya untuk kulit kita. Jadi anjal, gebu, cantik molek gitu.

Namun, pasti ada yang tak pernah mendengar tentang Nutriferon. Bila dengar perkhabaran ini, sayalah yang paling teruja sekali. Maklumlah dengan cuaca yang tidak menentu yang sekejap panas, sekejap hujan ni memang ramai yang selalu diserang demam atau selsema (sayalah seorang daripadanya tu) Jawapannya adalah Nutriferon!

Nutriferon sangat sesuai untuk mereka yang kerap demam, selsema dan juga yang mengalami asthma. Juga sesuai untuk ibu yang menyusukan anak yang mempunyai eczema atau alergi.

Nutriferon Shaklee diperbuat dari ekstrak tumbuhan semulajadi dan adalah alternatif terbaik untuk Panadol kerana ia bukan dikategorikan sebagai drugs. Kalau nak travel ke mana-mana, tak perlu bawa banyak vitamin. Cuma bawa Nutriferon sebab ia dalam bentuk paket. Mudah dan senang! Setiap rumah perlu ada satu! Hot items! Mesti dapatkan sebelum ia habis terjual sekali lagi!


Sunday 26 April 2015

Promosi Shaklee - April 2015

Tinggal 4 hari lagi untuk Promosi April berakhir.

Buat yang ingin berdiet atau menguruskan badan, promosi bulan ini adalah yang paling menarik sekali. Macam tak percaya bila ada dua produk dalam set diet termasuk dalam promosi kali ini.


Jangan tunggu lagi! Promosi ini sangat berbaloi. Bulan hadapan harganya akan kembali ke asal. Anda boleh berkongsi dengan rakan untuk membeli produk ini atau beli banyak untuk stok simpanan anda!

Jika anda mahukan penjimatan yang lebih lagi pada harga ahli, sms/whatsapp saya untuk saya kongsikan caranya. Bertindak sekarang!

****************************************************
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli atau mahu menambah pendapatan sampingan seperti saya, boleh hubungi saya melalui whatsapp di 012-2633606  dan saya akan kongsikan caranya.



Thursday 23 April 2015

Celcom First Basic 38 Plan (3GB Internet + 3GB Wifi)

Pagi tadi seorang kawan mencanangkan promosi terbaru First Basic 38 Plan daripada Celcom di whatsapp group kami. Saya memang tertarik dengan promosi ini, maklumlah harga barang semakin meningkat, maka saya sedang memikirkan cara untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan saya.

Credit: www.celcom.com.my

Bil bulanan saya sekarang ini adalah RM88.00 sebulan. Campur cukai dan sebagainya mencecah RM92.50 sebulan. Pelan Data Internet saya sekarang adalah sebanyak 6GB. Pelan panggilan telefon atau sms pada saya tidak perlu saya ambil kira kerana saya jarang membuat panggilan telefon. Pelan Data Internet adalah yang paling penting buat saya.

Yang menarik tentang promosi Celcom ini adalah kita masih boleh melayari internet walaupun sudah kehabisan kuota, namun pada kelajuan yang rendah. Tak kisahlah, asalkan boleh melayari internet itu sudah cukup.

Juga, jika anda mempunyai baki internet data yang tidak habis digunakan, anda boleh bawa data tersebut ke bulan hadapan. Ini memang sangat menarik. Selama ini memang tidak pernah monitor berapa banyak penggunaan data internet telefon mudah alih saya. Entah-entah memang sedikit sahaja data internet yang digunakan kerana saya melanggan Internet Wired Plan khas untuk bekerja dari rumah.

Promosi ini baru sahaja bermula semalam dan tempoh promosi untuk pelan 3GB Internet + 3GB wifi ini adalah untuk masa yang terhad. Mungkinkah selepas tamat promosi, ianya akan berkurang? Maka kenalah saya bersegera ke Celcom untuk mendapatkan pelan terbaru ini. Pengurangan 50% yang pada saya sangat berbaloi. Mari berjimat-cermat!

Wednesday 22 April 2015

Kisah Saya - My Shaklee Effect

Ramai orang tanya, ok ke Shaklee ni? Meh saya kongsikan My Shaklee Effect yang membuatkan saya terus jatuh cinta dan setia bersama Shaklee.

Saya mempunyai migrain yang acapkali hadir di kala kitaran hormon badan tidak stabil. Selalunya di waktu sebelum atau semasa period/haid. Bila migrain datang, memang tak senang duduk dibuatnya sebab pada waktu ini saya sangat sensitif dengan bunyi-bunyian dan juga cahaya terang. Sakitnya tak dapat nak diceritakan peritnya. Painkiller adalah teman terbaik saya pada ketika ini.

Nak dijadikan cerita, migrain saya semakin menjadi-jadi pada sekitar penghujung 2013 hingga ke pertengahan 2014 akibat tekanan kerja yang akhirnya melarat menjadi depression. Ini saya akui adalah zaman gelap saya.

Kebetulan pada suatu hari, seorang trainer yang sedang mengendalikan kursus untuk pekerja-pekerja syarikat menyapa saya yang bertugas memastikan kelancaran kursus di situ.

"You look unwell. What happened?"

Saya pun menceritakan kepada beliau akan kedaan kesihatan saya pada masa itu. Beliau pantas mengeluarkan beberapa biji pil dan menyuruh saya menelannya. Alhamdulillah diizinkan tuhan, saya mula berasa lega sekitar 2 hingga 3 jam selepas itu.

Yang saya kira adalah pil tadi sebenarnya bukanlah pil/ubat, tetapi ianya adalah supplemen yang selamat kerana semulajadi dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya seperti ubat-ubatan. Apakah yang saya makan pada masa itu? Tidak lain dan tidak bukan Set Migrain Shaklee: B-Complex dan Ostometrix, serta ditambah dengan multivitamin lengkap Vitalea dan Vitamin C.

Setelah merasai perbezaannya, saya bertekad mencari set ini untuk memperbaiki kesihatan saya. Alhamdulillah, kekerapan migrain sudah berkurang dan saya juga sudah pulih daripada depression (untuk pulih daripada depression bukan mudah, tidak hanya bergantung kepada supplemen semata-mata, tetapi perubahan gaya hidup).

Leganya, dengan Shaklee, saya sudah tidak bergantung kepada painkiller lagi! Pilihan yang lebih selamat dan semulajadi yang turut berkesan!

Saya sudah merasai keberkesanannya, dan saya juga mahu kongsikan kebaikan Shaklee kepada anda semua. Dengan Shaklee juga, saya mampu menambah pendapatan sampingan saya. Shaklee memang best!

****************************************************
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga ahli atau mahu menambah pendapatan sampingan seperti saya, boleh hubungi saya melalui whatsapp di 012-2633606  dan saya akan kongsikan caranya.


Wednesday 8 April 2015

Keperluan Supplemen Rohani dan Jasmani

Selamat tengahari.

Pagi tadi ketika sedang melayari internet terpandang peta hidup kita daripada alam roh hinggalah ke alam mahsyar.

Foto credit: dakwah.info

Bagaikan tersedar dari lamunan, sedar atau tidak, sepanjang tempoh kehidupan kita memerlukan supplemen. Supplemen untuk kehidupan kita di dunia dan supplemen untuk kita di akhirat nanti.

Untuk supplemen kita di akhirat sudah semestinya kita perlu melengkapkan diri kita dengan amal ibadah. Cabaran paling utama kita adalah mudah lalai dan terleka, maklumlah kita hidup di zaman materialistik yang mana tanpa wang sukarlah hidup kita. Keypoint di sini adalah saling ingat-mengingati supaya kita tidak tersasar dari matlamat di akhir nanti. Saya tidak mahu berceloteh panjang mengenai ibadah kerana saya juga kategori insan yang leka. Namun, foto di atas saya letakkan untuk peringatan kita bersama. Semoga ada yang mengambil manfaat darinya.

Ya, kehidupan di dunia juga memerlukan supplemen. Dari kanak-kanak hinggalah kita beranjak ke usia emas, kita memerlukan nutrisi seimbang sesuai dengan perkembangan tubuh kita. Tubuh yang sihat memudahkan kita untuk beribadah dan juga menyempurnakan tugas sebagai khalifah di atas muka bumi ini. Bila nikmat kesihatan ditarik, bukankan sukar untuk kita melakukan aktiviti tersebut?

Alhamdulillah, syukur saya dipertemukan dengan supplemen Shaklee yang diperbuat dari bahan-bahan yang semulajadi dan tulen. Sangat terkesan dengan falsafah "Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan, Sentiasa Mesra Alam" 


Di samping itu, produk-produk Shaklee juga disahkan halal oleh Islamic Services of America, yang diiktiraf oleh JAKIM. Oleh kerana, produk Shaklee dibuat di US, maka pensijilan halalnya juga diperolehi di sana. Shaklee juga sentiasa memperbaharui sijil halal yang dimilikinya pada setiap tahun. Ini menunjukkan kepekaan mereka terhadap pengguna Muslim di seluruh dunia.


Produk yang halal adalah produk yang selamat digunakan, bertepatan dengan salah satu falsafah Shaklee iaitu 'Sentiasa Selamat'. Malah tidak saya lupa pengalaman membeli produk Shaklee di cawangan Shaklee, yang mana petugas meng'highlight'kan kepada saya tentang tarikh luput produk menunjukkan ketelusan mereka dalam memastikan pengguna peka kepada keselamatan produk.

Oleh kerana itu, saya yakin dengan Shaklee. Saya harap anda begitu juga. Di lain entri, akan saya kongsikan Shaklee 'effect' terhadap diri saya sendiri yang membuktikan Shaklee benar-benar berkesan dan membuatkan saya terus menggunakan produk ini.

****************************************************
Sementara itu, jika anda mahukan maklumat lanjut mengenai Shaklee, boleh hubungi saya di 012-2633606

Monday 6 April 2015

Salam Perkenalan

Salam perkenalan buat pengunjung blog sekalian. Terima kasih kerana sudi melayari blog saya ini.


Nama sebenar Norshida Ahmad, berasal dari Muar, Johor dan sekarang menetap di Nilai, Negeri Sembilan bersama suami tercinta. Berkelulusan Ijazah Pengurusan Teknologi Maklumat dari Multimedia Universiti pada tahun 2003.


Agak susah untuk mencari kerja semasa saya 'graduate'. Masih saya ingat perit getirnya ke hulu ke hilir mencari kerja hatta jawatan 'Sales Assistant' pun saya pinta. Akhirnya, setelah 6 bulan berlalu barulah saya mendapat kerja sebagai 'Human Resource Assistant' di sebuah kolej swasta di ibu kota. Walaupun tidak relevan dengan jurusan akademik saya di universiti, saya cabar diri saya untuk memulakan kerjaya baru dan dengan gaji yang agak rendah. Bohonglah jika tidak terasa iri dengan rakan-rakan yang selepas sahaja 'graduate' mampu menjawat jawatan Eksekutif dengan gaji yang setimpal dengan kelulusan akademik. Tetapi realitinya bukan semua mampu bermula sedemikian. Yang penting kita harus mencuba bila ada peluang di hadapan mata dan tidak memilih jika gaji yang ditawar tidak seperti yang kita dengar semasa di universiti.

Bermula dari bawah, saya telah berkecimpung dalam bidang Sumber Manusia ini selama 11 tahun lamanya. Jawatan tertinggi pernah dijawat adalah Penolong Pengurus. Telah berkhidmat di beberapa syarikat termasuk syarikat multinasional, syarikat persendirian usahawan Melayu, dan juga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang masing-masing mempunyai gaya dan sistem pengurusan yang berbeza. 

Dalam blog ini saya akan kongsikan tips-tips kesihatan dan juga kembara saya. Dalam kebanyakan kembara, saya sangat sukakan Korea Selatan dan agak banyak tempat telah dilawati di sana. Pernah saya diperli rakan-rakan bahawa Korea ibarat kampung halaman kedua saya. Apa keunikannya? Tunggu saya kongsikan dalam blog ini nanti. Jika anda berminat untuk ke Korea dan perlukan bantuan saya untuk mereka itinerari atau menjadi 'tour guide' anda di sana, anda bolehlah menghubungi saya untuk konsultasi lanjut.

Selain itu saya juga baru mempelajari asas fotografi; silap-silap haribulan blog ni boleh jadi 'photo gallery' haha. Oh ya, saya baru sahaja berumahtangga, maka sudah semestinya minat saya pada masa ini tertumpu kepada panduan mudah memasak (saya memang tidak pandai memasak, bahkan encik suami lebih hebat di dapur berbanding saya) dan juga senihias atau senireka dapur dan ruang rumah yang lain.

Salam perkenalan dari saya. Semoga kita boleh bertukar-tukar idea melalui blog ini.

Dari 'keyboard' Norshida Ahmad.