Thursday 23 April 2015

Celcom First Basic 38 Plan (3GB Internet + 3GB Wifi)

Pagi tadi seorang kawan mencanangkan promosi terbaru First Basic 38 Plan daripada Celcom di whatsapp group kami. Saya memang tertarik dengan promosi ini, maklumlah harga barang semakin meningkat, maka saya sedang memikirkan cara untuk mengurangkan perbelanjaan bulanan saya.

Credit: www.celcom.com.my

Bil bulanan saya sekarang ini adalah RM88.00 sebulan. Campur cukai dan sebagainya mencecah RM92.50 sebulan. Pelan Data Internet saya sekarang adalah sebanyak 6GB. Pelan panggilan telefon atau sms pada saya tidak perlu saya ambil kira kerana saya jarang membuat panggilan telefon. Pelan Data Internet adalah yang paling penting buat saya.

Yang menarik tentang promosi Celcom ini adalah kita masih boleh melayari internet walaupun sudah kehabisan kuota, namun pada kelajuan yang rendah. Tak kisahlah, asalkan boleh melayari internet itu sudah cukup.

Juga, jika anda mempunyai baki internet data yang tidak habis digunakan, anda boleh bawa data tersebut ke bulan hadapan. Ini memang sangat menarik. Selama ini memang tidak pernah monitor berapa banyak penggunaan data internet telefon mudah alih saya. Entah-entah memang sedikit sahaja data internet yang digunakan kerana saya melanggan Internet Wired Plan khas untuk bekerja dari rumah.

Promosi ini baru sahaja bermula semalam dan tempoh promosi untuk pelan 3GB Internet + 3GB wifi ini adalah untuk masa yang terhad. Mungkinkah selepas tamat promosi, ianya akan berkurang? Maka kenalah saya bersegera ke Celcom untuk mendapatkan pelan terbaru ini. Pengurangan 50% yang pada saya sangat berbaloi. Mari berjimat-cermat!

No comments:

Post a Comment